Syarat Kemasukan dan Yuran

Dengan ini saya bersetuju bahawasanya, saya:

Setuju Berumur 8 tahun dan ke atas
Setuju Sihat tubuh badan dan mental
Setuju Sedia patuh dan taat segala undang-undang dan peraturan madrasah
Setuju Tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah
Setuju Tidak terlibat dengan penyalahgunaan najis dadah (dan juga tidak merokok)
Setuju Mempunyai kesungguhan sendiri dan bukan kerana paksaan
Setuju Sedia bersusah payah untuk menghasilkan ilmu
Setuju Lulus temuduga yang dijalankan oleh pihak madrasah

Dokumen yang perlu di bawa ketika memohon:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon
  2. Salinan kad pengenalan bapa/penjaga
  3. Sijil berhenti sekolah / madrasah terdahulu
  4. 2 keping gambar terbaru pemohon berukuran pasport
  5. Sijil-sijil yang berkaitan

* bagi pelajar luar (foreigner) atau pemegang visa, sila bawa salinan pasport beserta pasport asal dan sila pasti kan visa anda tidak tamat tempoh ketika memohon. Pihak madrasah hanya membantu mendapatkan visa lanjutan bagi permohonan yang berjaya sahaja.

Pelajar faqir dan miskin yang memenuhi syarat juga di galakkan memohon.

YURAN PENDAFTARAN

Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM100. Pembayaran harus di buat setelah pelajar di terima masuk ke Darul Ulum As-sa'adiyyah.

YURAN BULANAN

Yuran bulanan adalah sebanyak RM175. Pembayaran harus di buat selewat-lewatnya sebelum 10hb setiap bulan atau terus ke akaun Darul Ulum As-sa'adiyyah dan serahkan/email (mudir) slip pembayarannya.

Darul Ulum As-saadiyyah (BSN) : 04100-41-00021940-1