Pengenalan

DUAS. Darul Ulum As-Sa’adiyyah adalah MISI dan VISI pengarah dan pemegang amanah institusi ini.

Pengasasan, penubuhan, pembangunan, kemajuan dan kekekalan institusi ini bermula seawal tahun 1976, iaitu apabila pengarah dan pemegang amanah institusi ini berkecimpung secara aktif dalam usaha dan gerakan dakwah “tabligh”.

Sejak dari saat tersebut, beliau terus menerus, berbekal semangat, memerah fikrah serta menggunakan segala kudrat yang beliau miliki untuk mengwujudkan DUAS.

Supaya DUAS mempunyai sumber dana, pengarah dan pemegang amanah, membangunkan TARWATIJ ENTERPRISE yang menjalankan perniagaan.

Sejarah Ringkas Penubuhan Duas

Kronologi Penubuhan

  1. 1976 - terlibat dan aktif dalam gerakan dan usaha “tabligh”. Masih bergiat cergas.
  2. 1981 – berkahwin. Dikurniakan lapan anak,lima lelaki dan tiga perempuan. Kesemua ana-anak beliau di hantar ke madrasah. Kesemuanya hafiz dan hafizah. Dua daripada anak-anak lelaki beliau berjaya menamatkan pelajaran ke peringkat alim dan daurah hadis di Darul Ulum Al-Islamiyyah Al-Hasyimiyyah, Sri Lanka. Anak ketiga beliau menyambung pelajaran di Darul Ifta yang dikendalikan oleh Darul Ulum Al-Arabiyyah Al-Islamiyyah, Cape Town, Afrika Selatan.
  3. 1988 – membangunkan Madrasah Tahfiz Darus Syifaa’ di Kampung Sri Pedah, Tampin, Negreri Sembilan. Masih kekal dan kini ditadbir oleh orang lain.
  4. 2000 – membangunkan DARQAS, Darul Quran As Saadiyyah di Jerantut, Pahang. Menawarkan program KAFA kanak-kanak dan Hafazan Quran untuk remaja perempuan. Masih berfungsi. Di kendalikan oleh anak-anak perempuan beliau, dan isteri beliau sebagai mudirah. Masih berjalan.
  5. - membangunkan madrasah tahfiz al-quran di Taman Muhibbah, Alor Gajah, Melaka. Ditutup.
  6. – membangunkan semula Madrasah Tahfiz Al-Quran Air Molek, Melaka yang terhenti kerana kematian mudirnya. Tergendala.
  7. – Membangunkan DUAS. Mula bertapak di premis ihsan Puan Hajah Shamsiah binti Haji Abdullah di Pengkalan Minyak, Melaka, yang digunakan sebagai asrama dan tempat belajar. Kemudian, mendapat tawaran supaya DUAS membangunkn program di Surau Selat, Taman Padang Temu Jaya, Melaka. Di sini, program masih berjalan. Surau digunakan sebagai asrama dan tempat belajar.Premis ihsan Puan Hajah Shamsiah pula dijadikan tempat kediaman guru. Sekarang, DUAS juga mendapat tawaran .membangunkan program di Kampong Tehel, Melaka. Di sini DUAS dibenarkan menggunakan bilik bacaan yang diubah suai sebagai asrama. Surau berdekatan asrama digunakan sebagai tempat belajar.Mutakhir, mendapat tawaran supaya program bangunkan di Kampong Sungai Udang, Melaka. Di sini, seorang dermawan, bersedia menjadikan rumahnya menjadi madrasah.
  8. 2015 - DUAS mengorak langkah kearah membangunkan sebuah Institusi Pusat Pengajian Ulum Islamiiyyah, yang dapat memberi sumbangan dari segi perkembangan ilmu, dakwah, amal dan kehidupan berteraskan al Quran dan as Sunnah. InsyaaAllah. Doakan.